IKLAN BERBAYAR rm10/week

30 November 2011

AKU NAK KONGSI HARI INI....

Got a crush on someone? Ask her out for Movie Night! icon

Got a crush on someone? Ask her out for Movie Night!

Let's watch a movie together! To win a pair of movie tickets, all you need to do is answer a simple question, tell us which movie you'd like to watch and we'll screen the top-voted movie at 1U at 9pm on 20th December 2011. Seats are limited, so start voting now!
click here


Travel-holics! Choose your travel persona, create a team or go solo  for a chance to win a Trip of a Lifetime to New Zealand! icon

Travel-holics! Choose your travel persona, create a team or go solo for a chance to win a Trip of a Lifetime to New Zealand!

AirAsia X brings you The Great NZ Xcape. Contest registration begins now until 7th December 2011, then the fun begins on 8th December.Don't miss out  on a  chance to win a Great Xcape to New Zealand!
 click here
 


Malaysia's snorkeling destinations are in deep trouble. Act fast. icon

Malaysia's snorkeling destinations are in deep trouble. Act fast.

The Coral Triangle feeds 120 million people and has the highest concentration of coral species in the world. Support WWF's MYCoralTriangle Campaign: Help save the Coral Triangle and save your seafood with just US$5. Visit wwf.org.my

CLICK HERE

29 November 2011

Pelan Simpanan Wang Ke Mekah

Sudahkah anda merancang dengan isteri / suami anda , bilakah anda berdua akan menunaikan Ibadat Haji iaitu salah satu rukun Islam yang ke lima. Kalau sudah di tetapkan tahunnya bila, bagaimana dengan belanjanya ? Adakah sudah mencukupi untuk membiayai segala perbelanjaan yang di perlukan ?Mungkin ada yang telah membuat potongan di Tabung Haji.

INFO HAJI!!!!
Pendaftaran haji RM1,300.00
Daftar sekarang untuk giliran 27 tahun akan datang                            
Haram tunai haji dengan duit hutang –Majlis Fatwa Kebangsaan
Kos haji : 1) TH RM9,000.00  2) Swasta RM19,000.00
“MENYIMPAN DI DALAM TABUNG MTHAJ SEKARANG, 15 TAHUN AKAN DATANG ANDA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH HAJI”
Yang mana anda akan pilih, 27 tahun lagi @ 15 tahun lagi? Kalau simpan RM100 boleh dapat menunaikan haji serta mendapat perlindungan haji , perlukah saya berfikir berulangkali
*      ( rekod 2008-12% , 2009-16% dan 2010-18% )

Apa yang menarik dengan Takaful Haji ?
1. Pelaburan di uruskan oleh CIMB Islamic
2. Dividen tahunan antara 10% keatas
3. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3,000.00
4. Pembayaran zakat oleh MAA Takaful
5. Simpanan PERCUMA sekiranya penyimpan di timpa penyakit kritikal
6. Khairat kematian - RM 7000 ( dalam masa 24 jam ) jika berlaku kematian kepada penyimpan
7. Upah Haji - jika berlaku kematian awal penyimpan
8. Perlindungan di Mekah sekiranya berlaku musibah semasa menunaikan Haji
9. Simpanan boleh di hibah / wasiat kepada orang tersayang

MANFAAT
MTHAJ MAA TAKAFUL
TABUNG@BANK LAIN
SIMPANANRM100.00
(cth usia  30 thn)
Tetap
Tidak tetap
TAHUN KE 15

RM22,000.00
(9% setahun)
RM18,000.00
TAHUN KE 20

RM33,000.00
(9% setahun)
RM24,000.00
HIBAH KEMATIAN / LUMPUH

RM 20,000.00
Tiada
PERLINDUNGAN KEMALANGAN DI TANAH SUCI / MALAYSIA
 (Semua jenis kemalangan terhadap diri)
 RM10,000.00
Tiada
UPAH HAJI
( diurus oleh Amanah Raya )
RM5,000.00
Tiada
BELANJA PENGKEBUMIAN

RM2,000.00 (48 jam)
Tiada
Caruman percuma jika
( hilang upaya/lumpuh )
Ada
Tiada
KONSEP
Menabung sambil tolong menolong
Menabung sahaja

MAKLUMAT LANJUT SILA EMAIL NAMA, NO FON KE abdulkarim52233@gmail.com. saya akan hubungi anda

komuniti says berwajah baru..

CONTOH IKLAN @ BAHAN UNTUK DI KONGSI : .. sila lihat ya

jumlah terkumpul hari ini rm 42.80. so baki lg rm 7.80.. jom kawan2 lihat iklan yg saya kongsi ini..

28 November 2011

PUASA SUNAT (HARI 'ASYURA) & Peristiwa Penting Dalam Muharram

PUASA SUNAT (HARI 'ASYURA) 

pastikan anda mengetahui link dibawah sebelum membaca topik ini. harap tgk dahulu iklan kungfu pertama dan lawyer  

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’?

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram?

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim).

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9
Peristiwa Penting Dalam Muharram
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Di samping itu pada 10 Muharam sahaja telah berlaku beberapa peristiwa :
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

26 November 2011

Doa Akhir tahun dan Awal tahun

 
tolong lihat sekejap tawaran  blackberry

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

25 November 2011

apa dia Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ???

SEBELUM BACA TGK DULU YANG INI SUPAYA TIDAK TENSION
KUNGFU LAWAK NE >>>  VIDEO
PETUA NAK JADI PEGUAM >>> PETUA

 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.
Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Fasal 4 rang undang-undang itu menjelaskan hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada bukan warganegara, perhimpunan yang diadakan di tempat-tempat larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan. Ia juga tidak terpakai bagi bantahan jalanan.


Fasal itu juga menetapkan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan penganjur perhimpunan mesti memastikan perhimpunan itu mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang tindakan atau membuat sebarang pernyataan yang berkecendrungan mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang ramai atau menganggu ketenangan orang awam, manakala peserta hendaklah mematuhi arahan polis atau penganjur bagi memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

Fasal 8 rang undang-undang itu menetapkan tanggungjawab polis, di mana seorang pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Di bawah Fasal 14, pegawai yang menjaga Daerah Polis perlu memberi respons kepada pemberitahuan perhimpunan itu dalam masa 12 hari dan hendaklah dalam respons itu memaklumkan penganjur tentang sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan.

Fasal 15 pula menetapkan syarat dan sekatan yang mungkin dikenakan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis seperti tarikh, masa dan tempoh dan tempat perhimpunan, cara perhimpunan dan kelakuan peserta semasa perhimpunan.

Rang undang-undang itu apabila diluluskan akan memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan, tanpa waran, mana-mana penganjur atau peserta yang enggan atau gagal mematuhi mana-mana sekatan atau syarat yang dikenakan.

Fasal 21 pula memberikan kuasa kepada pegawai polis untuk mengeluarkan arahan untuk bersurai, jika perhimpunan itu tidak mematuhi undang-undang seperti dinyatakan di atas.

"Pegawai polis. pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Fasal itu, diberi kuasa untuk menggunakan segala kekerasan yang munasabah. Mana-mana orang yang gagal mematuhi arahan pegawai polis itu adalah melakukan kesalahan," menurut rang undang-undang itu.

Fasal 23 pula membenarkan pegawai polis membuat sebarang bentuk rakaman mengenai perhimpunan manakala Fasal 24 membenarkan mana-mana wakil media untuk mempunyai akses yang munasabah ke tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan mengenai perhimpunan.

Rang undang-undang itu akan dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 apabila diluluskan.

Sementara itu, selaras dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Akta Polis 1967 (Akta 344) juga akan dipinda.

Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan seksyen-seksyen 27,27A, 27B dan 27C Akta 344, yang akan menghapuskan syarat bagi lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan mana-mana perhimpunan atau membentuk mana-mana perarakan di mana-mana tempat awam.

Berikutan pemansuhan itu, semua lesen yang dikeluarkan bagi apa-apa perhimpunan atau membentuk apa-apa perarakan di bawah Seksyen 27 yang masih belum diputuskan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis atau Pesuruhnjaya atau Ketua Pegawai Polis tidak akan diteruskan.

Semua lesen yang dikeluarkan bagi mana-mana perhimpunan dan perarakan yang akan diadakan, dikumpulkan atau dibentuk sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa.

Seksyen 21, Akta Polis 1967 (Akta 344) yang dirujuk sebagai "Akta ibu" dalam Akta ini akan dipinda dengan memotong perkataan "dan perarakan-perarakan. - BERNAMA

DUIT BARU RM 6 ???






APA PENDAPAT ANDA JIKA DUIT INI DIKELUARKAN OLEH BANK NEGARA ??
mengapakah duit malaysia dikeluarkan  RM 1, RM2, RM5, RM 10,RM50,RM100

TIADA RM 4, 6,7,8,9,20,30 HEHE
MENGAPA YA


SAMBIL FIKIR JOM TGK DULU KUNGFU LAWAK NE >>>  VIDEO
PETUA NAK JADI PEGUAM >>> PETUA

16 November 2011

TRIK MATEMATIK- CARA MUDAH DARAB DAN BAHAGI

sengaja melayari internet. teringin nak cari tentang cara mudah dalam matematik. search dalam google terjumpa web ini teknik mudah matematik . dia bagi paduan video... so cuba anda tengok.. ada lagi tak laman web yang berkaitan matematik??? sila komen


lain-lain:
APA ITU PUMA SOCIAL ?? jom klik tgk disini
PANDUAN MENJADI PEGUAM >> DISINI

15 November 2011

 The Puma Social Finale Party is happening on the 16th of December at Cosmic Bowl, KL! Take the quiz via the ‘Puma Social’ tab on the Puma Facebook page to get your invite.
jom klik dan like disini >>> PUMA

14 November 2011

Iklan Jawatan Pembantu Pengawas Peperiksaan

TEMPOH DIPERLUKAN    : 30 DISEMBER 2011 sehingga 20 JANUARI 2012
TARAF JAWATAN        : SAMBILAN


Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut :-


WARGANEGARA         : MALAYSIA
AGAMA                     : ISLAM
UMUR                       : 18 – 28 TAHUN
KELULUSAN               : SPM (Minimum dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)


Borang permohonan boleh didapati di :-

Bahagian Pengajian Prasiswazah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan

maklumat lanjut disini

13 November 2011

Cara Meningkatkan Daya Ingat

Cara Meningkatkan Daya Ingat – Bagaimana cara mudah meningkatkan daya ingat agar tetap fresh dan terjaga kemampuanya. Kita semua tau seiring bertambahnya usia daya ingat semakin hari akan semakin melemah. Maka dari itu menjaga daya ingat agar tetap bagus kita harus memperhatikan beberapa hal yang mugkin kita anggap remeh atau sering kita acuhkan. Ok langsung saja cara meningkatkan daya ingat dibawah ini:

OPPPPSSSS >>> : singgah sekejap ya
memori otak14 Cara Meningkatkan Daya Ingat
1. Makan roti bakar untuk sarapan
Roti bakar merupakan alternatif konsumsi karbohidrat yang baik untuk daya ingat. Sebuah studi dari Tufts University menemukan bahwa, orang-orang yang menghilangkan karbohidrat dari diet mereka memiliki daya ingat yang lebih buruk.
“Sel-sel otak membutuhkan karbohidrat, yang akan diubah menjadi glukosa,” kata Robin Kanarek, PhD, profesor psikologi di Tufts University.
Pilihlah biji-bijian dan karbohidrat kompleks lainnya, karena akan dicerna lebih lambat. Pencernaan yang lambat akan memberikan pasokan glukosa dengan lebih baik dan efisien.

2. Latihan fisik sebelum bekerja
“Olahraga meningkatkan aliran darah, sehingga sangat membutuhkan oksigen dan glukosa sebagai bahan bakar,” kata Sandra Aamodt, PhD.
Sebuah penelitian dalam jurnal Neurobiology of Learning and Memory menunjukkan bahwa seseorang dapat mempelajari kosa kata 20 persen lebih cepat jika mencoba untuk menghafal setelah melakukan latihan fisik yang rutin.

3. Mengubah font pada memo dan catatan sehari-hari
Menurut penelitian yang dipublikasikan dalam jurnal Cognition, menggunakan font yang berbeda dapat bermafaat untuk meningkatkan retensi atau kebuntuan ingatan jangka panjang. Berfokus pada font baru dapat membuat otak dan pusat pengolahan bekerja sedikit lebih keras, serta meningkatkan daya ingat.

4. Browsing selama jam makan siang
Menurut sebuah penelitian baru dari University of California, Los Angeles, menghabiskan satu jam sehari untuk online, seperti browsing sesuatu yang yang menarik atau yang hal yang berhubungan dengan hobi dapat merangsang bagian dari lobus frontal yang mengontrol memori jangka pendek.
“Sirkuit neural yang terlibat dalam pengambilan keputusan, visual spasial, dan kemampuan verbal menjadi sangat aktif ketika melakukan browsing di internet. Namun jangan hanya melakukan browsing yang tidak melibatkan proses berpikir,” jelas Gary Small, MD.

5. Mengingat tempat parkir kendaraan
Banyak orang yang sering melupakan tempat parkir kendaraannya. Perhatikan di mana kendaraan diparkir, kemudian gerakkan bola mata dari sisi ke sisi setiap setengah detik selama 30 detik sambil berdiri di tempat.
“Berlatih gerakan mata sederhana dapat meningkatkan memori jangka panjang Anda hingga 10 persen,” kata peneliti di Manchester Metropolitan University di Inggris.

6. Minum sedikit alkohol saat makan malam
Peminum alkohol berat memang dapat menyebabkan kehilangan daya ingat. Namun sebuah studi baru menemukan bahwa, minum alkohol dalam jumlah sedikit sebenarnya dapat menurunkan risiko penurunan daya ingat.
Dalam analisis yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease, peserta penelitian yang mengonsumsi sedikit minuman beralkohol per minggu memiliki risiko terendah mengalami gangguan kognitif. Hal tersebut dibandingkan dengan peserta penelitian yang tidak minum sama sekali dan yang terlalu banyak minum alkohol.

7. Flossing sebelum tidur
Membersihkan gigi dengan benang gigi (dental floss) tidak hanya baik untuk gigi, namun juga baik untuk otak. Bila tidak membersihkan gigi dengan dental floss dapat menyebabkan gusi menjadi meradang sehingga memudahkan bakteri buruk untuk memasuki aliran darah.
“Setelah masuk aliran darah, bakteri dapat menyebabkan peradangan di seluruh tubuh, termasuk otak, yang dapat menyebabkan disfungsi kognitif. Membersihkan gigi dengan dental floss (flossing) 2 kali sehari ideal untuk menjaga kebersihkan gigi dan mulut,” kata Jonathan B. Levine, DMD, seorang profesor dari New York University.
Ok semaga artikel cara meningkatkan daya ingat diatas tersebut bermanfaat, wassalam.
source: detik health
petikan dari web merahhitam

12 November 2011

PEMBAYARAN KALI KE-4

ALHAMDULILLAH..

syukur setelah berhempas pulas dalam bulan oktober says telah dapat pembayaran dari says.my
bulan OKTOBER saya berjaya mengumpul RM 50.90.
SERONOK. sambil melayari FACEBOOK... sharing sesuatu.. dapat manfaatnya
lihatlah bukti pembayaran disini >>>>> BUKTINYA

11 November 2011

PERKONGSIAN HARI INI 11-11-2011 (1)

Reebonz’s ultimate giveaway – sign up and instantly receive RM 50 credits AND a chance to win RM 500! Impossible to resist!   >>> info lanjut

JGN TGK ATAS SAHAJA. LIHAT KESELURUHAN WEB ... 

 

APA ITU GTP ??? DISINI PASTIKAN ANDA TAHU !!

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...